Saturday 14 March 2015

LATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK

 LATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK



LATAR

LATAR TEMPAT


  •  Di Kampung Warisan, Papar, Sabah- tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan Majibon dilahirkan dan dibesarkan.
  • Di bilik pembedahan- tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.
  • Di Kampung Pimping,- tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.
  • Di sawah padi- tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari - lari.
  • Di dalam bilik- tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor Othman di skrin komputer.
  • Di tepi sungai- tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.
  • Di atas tangga, rumah Amir- tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
  • Di Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia-Putatan- tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia.
  • Di rumah Majibon- tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.

LATAR MASA 
 
  • Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
  • Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber.
  • Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. 
  • Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.

LATAR MASYARAKAT 


  • Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
  • Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad  dengki apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput.
  • Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.
  • Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.  

21 comments:

  1. Thanks😊..ini membantu saya membuat komsas bahsa melayu..

    ReplyDelete
  2. Thanks😊..ini membantu saya membuat komsas bahsa melayu..

    ReplyDelete
  3. thank you sng say nk buat keje skolh

    ReplyDelete
  4. Thank you 😊....this is help me to do folio novel Formula Termodinamik.

    ReplyDelete
  5. Thank you 😊....this is help me to do folio novel Formula Termodinamik.

    ReplyDelete